Posted by On 12:05 with No comments

PENGENALAN
Masakan melayu merupakan sejenis masakan yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Masakan ini telah diamalkan oleh masyarakat melayu sejak berkurun lagi dan merupakan antara makanan tradisi bagi setiap kaum melayu di asia tenggara ini. Mengikut sejarah masakan melayu, makanan tradisional ini telah berkembang dari Malaysia sehingga Brunei Darussalam kerana negara-negara ini dahulunya merupakan gugusan kepulauan melayu atau lebih dikenali sebagai Nusantara. Apa yang istimewa, setiap wilayah atau negara di asia tenggara ini mempunyai makanan tradisional yang tersendiri dan menjadi makanan tradisional bagi setiap negara tersebut.
Untuk masyarakat melayu di Malaysia, ciri utama masakan melayu tradisional ialah penggunaan bahan rempah ratus yang banyak, selain itu, salah satu bahan yang kerap digunakan dalam setiap masakan ialah santan. Bagi masyarakat melayu, penggunaan santan dianggap mampu menaikkan selera dan rasa masakan kerana santan mempunyai rasa berlemak dan dan menjadikan masakan lebih pekat. Antaranya, dalam masakan gulai. Santan boleh didapati melalui kaedah perahan atau mengkukur buah kelapa.
Selain itu, dalam makanan tradisional melayu, masakan-masakan melayu juga banyak menggunakan buah-buahan tempatan dan sayuran. Ini menjadikan masakan itu lebih pelbagai dari segi bahan dan rasanya. Buah-buahan yang digunakan memberikan persepsi dan tarikan yang tersendiri kepada setiap makanan tersebut. Dalam masyarakat melayu, penggunaan buah atau sayuran adalah lazim dan menjadi keutamaan di sesetengah negeri di Malaysia. Selain itu juga, buah-buahan atau sayuran lebih murah dan mudah untuk didapati dan ini telah mewujudkan pelbagai jenis makanan tradisional melayu yang berasaskan buah-buahan.



MAKANAN TRADISIONAL MELAYU BERASASKAN BUAH-BUAHAN.

   A)   Jenis-jenis Kerabu

a.  KERABU JANTUNG PISANG      
Pengenalan Kerabu Jantung Pisang
-       Kerabu jantung pisang berasal dari negeri-negeri di pantai timur. Hal ini adalah disebabkan orang terdahulu memanfaatkan setiap sumber yang ada untuk dijadikan sebagai sesuatu yang boleh dimakan. Kesemuanya disesuaikan mengikut citarasa masyarakat setempat. Pisang memiliki hubungan kekerabatan dengan keluarga anggrek. Pisang merupakan buah yang relatif murah serta lazat dan dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Buah ini diperkatakan berasal dari kawasan asia tenggara. Oleh itu, masyarakat terdahulu telah mengolah dengan menggunakan jantung pisang sebagai bahan utama dan wujud lah kerabu jantung pisang yang digabungkan bersama buah kelapa.

Bahan-bahan/ingredients:                 peralatan yang digunapakai:     
•           Jantung Pisang                           - kuali atau periuk
•           Ikan Kembung                             - sudip
•           Kelapa Goreng                            - pisau
•           Santan                                         - dapur gas
•           Bawang Merah                            - bekas untuk mengisi bahan
•           Lada Hitam                                  - tempat pemotong
•           Garam dan Gula


b.  KERABU TERUNG

Pengenalan Kerabu terung
- kerabu terung juga merupakan satu makanan yang agak terkenal di negeri-negeri pantai timur. Kerabu terung mempunyai persamaan dengan jenis-jenis kerabu yang lain kerana kelapa digunakan sebagai medium utama tetapi disesuaikan dengan penggunaan buah terung. Masyarakat dahulu menggunakan buah terung kerana nutrisinya yang baik iaitu kandungan serat yang tinggi yang mampu membantu menutrisikan otak dan menghindar kanser. Makanan yang bersumberkan buah terung ini mampu membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Kerana itulah masyarakat melayu dahulu menggunakan buah terung dan mengadaptasikan buah ini kepada kerabu supaya ianya kelihatan lebih sedap untuk dimakan.

Bahan-bahan/ingredients:                  peralatan yang digunapakai:
·         Buah Terung                                  - kuali atau periuk
·         ikan kembung                                 - sudip
·         kelapa goring                                  - pisau
·         santan                                            - dapur gas
·         bawang merah                               - bekas untuk mengisi bahan
·         lada hitam                                       - tempat pemotong
·         garam
·         gula


c.  KERABU DURIAN BELANDA

Pengenalan Kerabu durian belanda
- Kerabu durian belanda juga berasal dari negeri pantai timur. Sememangnya kerabu ini diwarisi oleh orang-orang dahulu untuk di tradisikan di Malaysia daripada negara Thailand. Disebalik penggunaan buah durian belanda untuk dijadikan kerabu, ianya mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan terutama dalam perubatan tradisional dan moden.  Kajian telah mendapati bahawa penggunaan durian belanda ini  mampu digunakan sebagai antikanser, antibakteria, antitumor, dan penyakit saraf. Oleh kerana itu, masyarakat melayu dahulu lebih cenderung menjadikan perkara ini sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, maka mereka membuat kerabu berasaskan buah durian belanda untuk dijadikan sebagai salah satu makanan tradisional melayu.
Bahan-bahan/ingredients:                               peralatan yang digunapakai:
·         Buah durian belanda                                - kuali atau periuk
·         ikan kembung                                           - sudip
·         kelapa goring                                            - pisau
·         santan                                                       - dapur gas
·         bawang merah                                          - bekas 
·         lada hitam                                                 - tempat pemotong
·         garam
·         gula



d.  KERABU MANGGA

Pengenalan Kerabu Mangga

- Makanan kerabu mangga amat terkenal di pantai timur terutama di negeri kelantan. Makanan ini tergolong di dalam jenis kerabu kerana ianya tetap menggabungkan penggunaan kelapa, Cuma medium utamanya ialah buah mangga yang dihiris-hiris kecil. Masyarakat dahulu banyak menggunakan buah-buahan tempatan seperti mangga kerana mudah didapati. Makanan ini kebiasannya dimakan dengan nasi putih kosong sahaja. Tetapi ianya mengikut budaya dan cara makan sesuatu tempat tersebut. Kerabu mangga ini boleh dipelbagaikan tambahan bahannya seperti tambahan cili besar, lobak merah dan bawang besar untuk menjadikannya lebih menarik dan nampak sedap.

Bahan-bahan/ingredients:                                     peralatan yang digunapakai:
·         buah mangga                                                  - kuali atau periuk
·         cili padi                                                            - sudip
·         ikan kembung                                                  - pisau
·         bawang besar                                                  - dapur gas
·         bawang merah                                                - bekas 
·         gula                                                                 - tempat pemotong
·         garam


    B)   Jenis-jenis Gulai
i
    a.    GULAI KAMBING BUAH ARA


Pengenalan Gulai Kambing Buah Ara

- Gulai kambing buah ara memang tidak asing lagi bagi masyarakat melayu sejak dari dahulu hinggalah sekarang terutamanya sewaktu majlis keramaian seperti kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran. Oleh kerana makanan ini merupakan salah satu makanan tradisi di pantai timur, ianya merupakan jenis makanan yang wajib ada dan tidak terasing lagi. Mengikut sejarah, buah ara ini berasal dari kawasan tropika di kawasan beriklim sederhana kerana di Malaysia beriklim khatulistiwa, ini menjadikan buah ini banyak dan mudah untuk didapati oleh masyarakat tempatan. Campuran buah ini ke dalam setiap gulai yang dimasak akan membangkitkan aroma dan rasa gulai tersebut.

Bahan-bahan/ingredients:                                 peralatan yang digunapakai:
·         Daging kambing                                                    - periuk atau kawah
·         Buah ara                                                               - senduk
·         Serbuk kari daging                                                - pisau
·         Bawang putih                                                        - dapur gas
·         Bawang merah                                                      - bekas
·         Halia                                                                      - pisau pemotong
·         Lengkuas dan Serai                                              - tempat pemotong
·         Budu                                                                      - sudu
·         Garam dan Gula
·         Aji nomoto
·         Asam jawa


b.  GULAI KAWAH PUTIK KELAPA

Pengenalan Gulai Kawah Putik Kelapa

- Gulai ini berasal dari pantai timur iaitu negeri Kelantan. Makanan ini telah disesuaikan dengan makanan negara Thailand disebabkan Kelantan merupakan negeri jiran dan berdekatan dengan Thailand, masyarakat dahulu telah menjadikan gulai ini sebagai makanan tradisional kerana tidak banyak perbezaan yang ada berbanding gulai asal dari Malaysia. Sememangnya masyarakat dahulu bijak dalam menggunakan sumber yang ada untuk dihasilkan sebagai makanan. Namun kini makanan tersebut agak susah untuk didapati kerana golongan sekarang tidak lagi meneruskan masakan tradisi ini, hanya segelintir sahaja yang masih meneruskan resepi ini.

Bahan-bahan/ingredients:                              peralatan yang digunapakai:    
·         Daging lembu                                                      - kawah
·         Putik kelapa                                                        - senduk
·         Serbuk kari daging                                              - dapur gas
·         Bawang putih                                                      - pisau pemotong
·         Bawang merah                                                    - tempat pemotong
·         Halia                                                                    - sudu
·         Lengkuas
·         Serai
·         Budu
·         Garam
·         Gula
·         Aji nomoto
·         Asam jawa


c.  GULAI LEMAK NANGKA


Pengenalan Gulai Lemak Nangka

- Hidangan ini antara masakkan yang terkenal ketika menjamu selera ketika tengahari. Gulai ini sememangnya menjadi kesukaan semua lapisan masyarakat. Masyarakat dahulu menggunakan nangka sebagai bahan utama kerana nangka adalah buah berdaging serat yang memiliki rasa dan baunya yang tersendiri. Buah nangka memiliki pelbagai khasiat dan kelebihan, antaranya ianya merupakan makanan yang kaya dengan sumber vitamin A, kalsium, kallum, vitamin C dan zat besi, ternyata masyarakat dahulu sangat mengetahui kebaikkan yang terdapat di dalam nya. Oleh itu, masyarakat dahulu menjadikan nangka sebagai salah satu jenis makanan tradisi dan ianya kekal sehingga ke hari ini. Bukan sahaja di negeri pantai timur, tetapi di negeri-negeri lain juga.


   Bahan-bahan/ingredients:                   peralatan yang digunapakai:

·         Buah nangka                                              - periuk
·         Santan                                                        - pisau
·         Lada kering                                                - dapur gas
·         Bawang merah                                           - sudu
·         Kunyit                                                         - bekas mengisi bahan
·         Lengkuas                                                   - senduk
·         Asam keping
·         Garam
·         Gula


d.  GULAI CILI API BETIK


Pengenalan Gulai Cili Api Betik

- Gulai cilia pi betik sebenarnya adalah salah satu jenis masakkan tradisional orang melayu, tetapi masakkan ini kurang diamalkan oleh masyarakat hari ini. Masyarakat melayu dahulu sering mencuba dan menggunakan setiap jenis makanan yang ada untuk melahirkan satu jenis makanan yang baharu. Buah betik yang masak kaya dengan vitamin C, ianya juga mampu merawat hemeoroid atau buasir ataupun sembelit. Selain itu, buah ini juga mampu melancarkan proses penghadaman dan mengelakkan dari masalah sembelit. Orang melayu dahulu sering mencari sesuatu makanan yang mempunyai kebaikkan sekaligus kepada badan. Ianya juga dijadikan sebagai makanan tradisi pada hakikatnya kerana dengan keunikan rasa berbanding masakkan tradisional yang lain.

   Bahan-bahan/ingredients:                      peralatan yang digunapakai:
·         Buah betik                                                     - periuk
·         Bawang merah                                              - dapur gas
·         Santan                                                          - pisau
·         Cili api                                                           - sudu
·         Kunyit                                                            - tempat pemotong
·         Asam keeping                                               - bekas mengisi bahan
·         Gula                                                              - senduk
·         Garam


e.  GULAI LEMAK PUTIH TERUNG

Pengenalan Gulai Lemak Putih Terung
- Makanan tradisional ini sememangnya diketahui ramai sangat menarik minat selera makan sesiapa pun. Gulai lemak putih terung ini agak terkenal di negeri Kelantan kerana masyarakat disini gemar kepada makanan yang bercirikan gulai atau kerabu. Kuah gulai ini keseluruhannya berwarna putih kerana santan merupakan salah satu bahan yang penting untuk melengkapkan rasa berlemak kuah tersebut. Seperti kerabu, buah terung juga digunakan oleh masyarakat melayu untuk membuat gulai lemak. Khasiat terung yang tinggi menjadikannya lebih digunakan oleh masyarakat melayu dalam menghasilkan masakkan berstatuskan makanan tradisional melayu.


   Bahan-bahan/ingredients:                       peralatan yang digunapakai:
·         Terung                                                            - periuk
·         Cili hijau                                                          - pisau
·         Ikan bilis                                                          - sudu
·         Bawang merah                                                - tempat pemotong
·         Santan                                                            - dapur gas
·         Garam                                                             - senduk
·         Gula





    C)   Lain-lain Jenis

a.  JERING REBUS

Pengenalan Jering Rebus

- Jering rebus juga diantara makanan tradisional melayu di sebelah pantai timur, jering rebus ini kebiasaanya dimakan secara sampingan atau penambah selera ketika menjamah nasi. Namun makanan tradisional seperti ini tidak diminati oleh golongan muda masa kini. Jering atau jengkol adalah buah yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan asean. Jering ini mempunyai bau yang kuat iaitu bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah golongan masyarakat disamping memiliki rasa yang sangat pahit. Kebiasaannya ianya dimakan bersama sos atau kelapa parut bergula seperti di dalam gambar diatas.

   Bahan-bahan/ingredients:                              peralatan yang digunapakai:
·         Buah jering                                                            - periuk
·         Kulit jering                                                             - sudu
·         Kelapa muda                                                         - dapur gas
·         Gula                                                                      - senduk
·         Garam                                                                   - penapis air
                                                                              - periuk

b.  TERESEK JANTUNG PISANG

Pengenalan Teresek Jantung Pisang
- Teresek sememangnya terkenal di negeri-negeri pantai timur. Bagi mencorakan teresek ini, ianya bergantung kepada kesesuaian dan cita rasa mengikut masyarakat setempat. Teresek ini boleh dipelbagaikan seperti teresek jantung pisang, teresek kaki ayam sebagainya. Bagi teresek jantung pisang, ianya merupakan makanan tradisional melayu sejak dahulu lagi. Penggunaan jantung pisang merupakan salah satu resepi masyarakat dahulu seperti makanan kerabu jantung pisang. Bahan seperti jantung pisang merupakan bahan utama dalam pembuatan teresek ini, jantung pisang yang dimasak mengandungi khasiat dan fiber yang tinggi. Makanan berasaskan buah jantung pisang ini masih banyak diamalkan oleh masyarakat hari ini disebabkan keistimewaan dan rasanya yang memikat.

  Bahan-bahan/ingredients:                         peralatan yang digunapakai:
·         Jantung pisang                                                - dapur gas
·         Bawang putih                                                   - pisau
·         Bawang merah                                                - senduk
·         Daun Serai                                                      - tempat pemotong
·         Serbuk kari ayam                                            - sudu
·         Lengkuas dan cili boh                                      -bekas kosong
·         Kerisek                                                             - periuk atau kuali
·         Kelapa parut goreng
·         Gula Melaka
·         Lada besar
·         Budu dan santan



c.  ACAR PISANG ABU


Pengenalan Acar Pisang Abu

- Acar ini merupakan makanan tradisi di pantai timur.  Ianya juga merupakan makanan tradisional turun temurun yang dibawa oleh masyarakat melayu dahulu. Acar ini sebenarnya tidak jauh beza dengan acar timun, oleh itu, makanan ini sememangnya menjadi antara makanan wajib  ketika majlis keramaian atau kenduri. Acar ini menggunakan buah pisang yang banyak manfaatnya seperti yang kita ketahui. Ianya juga sesuai untuk segelintir golongan yang mengamalkan diet harian keranan penggunaan buah pisang ini membantu mengekalkan diet. Masyarakat melayu dahulu mewarisi makanan ini sejak kian lamanya. Selain pisang putik, pelbagai lagi jenis pisang boleh digunakan untuk membuat arca ini.

  Bahan-bahan/ingredients:                                        peralatan yang digunapakai:
·          -    Buah pisang putik                                                            - dapur gas
·          -    Bawah putih                                                                     - pisau
·          -    Bawang merah                                                                 - tempat pemotong
·          -     Halia                                                                                - sudu
·          -     Lada kering                                                                     - senduk
·          -    Garam                                                                              - kuali
·          -    Gulai     
                                                     

d.  PAJERI NENAS

Pengenalan Pajeri Nenas
- Pajeri nenas merupakan salah satu makanan kegemaran masyarakat melayu dari dulu hingga kini. Bukan hanya di negeri pantai timur, pajeri ini cukup terkenal di setiap negeri kerana rasanya yang cukup memukau. Penggunaan buah nanas sebagai medium utama yang membuatkan pajeri ini sangat sedap. Makanan ini merupakan makanan warisan melayu kerana hinnga ke hari ini masih ramai yang membuat pajeri ini tidak kira ketika di rumah, kedai makan ataupun ketika kenduri, masih ada golongan masyarakat yang menghidangkannya. Berbanding dengan makanan tradisional lain, pajeri ini ditumis terlebih dahulu sebelum bahan-bahan utamanya dimasukkan. Selain itu, ianya turut membekalkan khasiat dan kebaikan kerana buah nenas turut memiliki sumber vitamin yang bagus.

  Bahan-bahan/ingredients:                                 Bahan Tumis
·         Buah nenas                                                             - kulit kayu manis
·         Lobak merah                                                           - bunga cengkih
·         Gula                                                                         - bunga pelaga
·         Cili merah atau hijau                                                - bunga lawang
·         Air                                                                            - bawang besar
·         Minyak                                                                     - bawang putih
·         Garam dan serbuk perasa                                       - halia



peralatan yang digunapakai:

- dapur gas
- sudu
- pisau
- tempat pemotong
- kuali
- sudip
- bekas mengisi bahan




KESIMPULAN

          Kesimpulannya, dalam makanan tradisional melayu berasaskan buah boleh diletakkan didalam tiga ketagori seperti jenis-jenis kerabu, jenis-jenis gulai dan pelbagai untuk acar, teresek dan sebagainya. Ternyata masyarakat melayu banyak menjadikan sumber buah-buahan sebagai salah satu makanan tradisional untuk masyarakat melayu seperti penggunaan buah nenas, terung, mangga dan sebagainya. Sumber buah-buahan tempatan ini diolah dan di proses oleh masyarakat melayu itu sendiri sejak kian lamanya kerana seperti yang kita tahu, masyarakat dahulu banyak mencuba pelbagai makanan dari setiaap sumber yang ada. Antaranya makanan yang berasaskan buah-buahan dan sehinggalah kebanyakkan jenis dari makanan tersebut merupakan makanan warisan dan turun temurun bagi kebanyakkan masyarakat di negara ini. Sebahagian makanan tradisional ini sudah menjadi kewajiban bagi sesetengah perkara dan ianya sudah menjadi budaya untuk sesetengah masyarakat itu.
Masukkan email untuk mendapatkan update artikel Fiz Software.

Next
« Prev Post
Previous
This is the oldest page