Posted by On 06:56 with No comments

MAKANAN TRADISIONAL MELAYU BERASASKAN BUAH-BUAHAN.

   A)   Jenis-jenis Kerabu

a.  KERABU JANTUNG PISANG      
Pengenalan Kerabu Jantung Pisang
-       Kerabu jantung pisang berasal dari negeri-negeri di pantai timur. Hal ini adalah disebabkan orang terdahulu memanfaatkan setiap sumber yang ada untuk dijadikan sebagai sesuatu yang boleh dimakan. Kesemuanya disesuaikan mengikut citarasa masyarakat setempat. Pisang memiliki hubungan kekerabatan dengan keluarga anggrek. Pisang merupakan buah yang relatif murah serta lazat dan dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Buah ini diperkatakan berasal dari kawasan asia tenggara. Oleh itu, masyarakat terdahulu telah mengolah dengan menggunakan jantung pisang sebagai bahan utama dan wujud lah kerabu jantung pisang yang digabungkan bersama buah kelapa.

Bahan-bahan/ingredients:                 peralatan yang digunapakai:     
•           Jantung Pisang                           - kuali atau periuk
•           Ikan Kembung                             - sudip
•           Kelapa Goreng                            - pisau
•           Santan                                         - dapur gas
•           Bawang Merah                            - bekas untuk mengisi bahan
•           Lada Hitam                                  - tempat pemotong
•           Garam dan Gula


b.  KERABU TERUNG

Pengenalan Kerabu terung
- kerabu terung juga merupakan satu makanan yang agak terkenal di negeri-negeri pantai timur. Kerabu terung mempunyai persamaan dengan jenis-jenis kerabu yang lain kerana kelapa digunakan sebagai medium utama tetapi disesuaikan dengan penggunaan buah terung. Masyarakat dahulu menggunakan buah terung kerana nutrisinya yang baik iaitu kandungan serat yang tinggi yang mampu membantu menutrisikan otak dan menghindar kanser. Makanan yang bersumberkan buah terung ini mampu membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Kerana itulah masyarakat melayu dahulu menggunakan buah terung dan mengadaptasikan buah ini kepada kerabu supaya ianya kelihatan lebih sedap untuk dimakan.

Bahan-bahan/ingredients:                  peralatan yang digunapakai:
·         Buah Terung                                  - kuali atau periuk
·         ikan kembung                                 - sudip
·         kelapa goring                                  - pisau
·         santan                                            - dapur gas
·         bawang merah                               - bekas untuk mengisi bahan
·         lada hitam                                       - tempat pemotong
·         garam
·         gula


c.  KERABU DURIAN BELANDA

Pengenalan Kerabu durian belanda
- Kerabu durian belanda juga berasal dari negeri pantai timur. Sememangnya kerabu ini diwarisi oleh orang-orang dahulu untuk di tradisikan di Malaysia daripada negara Thailand. Disebalik penggunaan buah durian belanda untuk dijadikan kerabu, ianya mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan terutama dalam perubatan tradisional dan moden.  Kajian telah mendapati bahawa penggunaan durian belanda ini  mampu digunakan sebagai antikanser, antibakteria, antitumor, dan penyakit saraf. Oleh kerana itu, masyarakat melayu dahulu lebih cenderung menjadikan perkara ini sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, maka mereka membuat kerabu berasaskan buah durian belanda untuk dijadikan sebagai salah satu makanan tradisional melayu.
Bahan-bahan/ingredients:                               peralatan yang digunapakai:
·         Buah durian belanda                                - kuali atau periuk
·         ikan kembung                                           - sudip
·         kelapa goring                                            - pisau
·         santan                                                       - dapur gas
·         bawang merah                                          - bekas 
·         lada hitam                                                 - tempat pemotong
·         garam
·         gula



d.  KERABU MANGGA

Pengenalan Kerabu Mangga

- Makanan kerabu mangga amat terkenal di pantai timur terutama di negeri kelantan. Makanan ini tergolong di dalam jenis kerabu kerana ianya tetap menggabungkan penggunaan kelapa, Cuma medium utamanya ialah buah mangga yang dihiris-hiris kecil. Masyarakat dahulu banyak menggunakan buah-buahan tempatan seperti mangga kerana mudah didapati. Makanan ini kebiasannya dimakan dengan nasi putih kosong sahaja. Tetapi ianya mengikut budaya dan cara makan sesuatu tempat tersebut. Kerabu mangga ini boleh dipelbagaikan tambahan bahannya seperti tambahan cili besar, lobak merah dan bawang besar untuk menjadikannya lebih menarik dan nampak sedap.

Bahan-bahan/ingredients:                                     peralatan yang digunapakai:
·         buah mangga                                                  - kuali atau periuk
·         cili padi                                                            - sudip
·         ikan kembung                                                  - pisau
·         bawang besar                                                  - dapur gas
·         bawang merah                                                - bekas 
·         gula                                                                 - tempat pemotong
·         garam
Masukkan email untuk mendapatkan update artikel Fiz Software.

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »